Aktiviti persatuan Kamarul Ariffin Mohamed Yassin

Beliau pernah menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan dan juga Asean ; Pengerusi Persatuan Bank-Bank di Malaysia ; Pengerusi Majlis Bank Asean ; Pengerusi pertama Majlis Perunding Kebangsaan berkenaan Kebudayaan ; Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Parlimen Commonwealth ; Ahli Bebas Mahkamah Timbangtara Industri ; Ahli Bebas Dana Simpanan Wang Pekerja (EPF) ; dan Ahli Capital Issues Committee (sebelum tertubuhnya Suruhanjaya Sekuriti).

Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka ; Pengerusi kepada puluhan syarikat berhad yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Beliau juga pernah menjadi penasihat undang-undang kepada beberapa pertubuhan, universiti dan individu terkemuka .

Beliau juga menjadi ahli Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara (1972-2004) Kamarul Ariffin memang cenderung kepada seni tampak sejak berada di [[England] dan banyak berkunjung ke semua galeri dan muzium terkemuka di serata dunia.


Di peringkat dunia, beliau telah dipilih menjadi Presiden CIOS atau Institut Perguruan Dunia dan Pengerusi Majlis Pengakap Dunia yang beribu pejabat di Geneva. [3]